Mazlan Lazim

Mazlan bin Lazim (Jawi: مزلان بن لازيم; lahir 25 Disember 1961) ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara di bawah pentadbiran Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara dari 25 Jun 2021. Beliau ialah pengarah Jabatan Teknologi dan Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pernah memegang kawatan Ketua Polis untuk Kelantan dan Kuala Lumpur.[1][2]